Parti Komunis China meneruskan genosid terhadap Muslim Uyghur, Kazakh, Kyrgyz dan komuniti lain di Turkistan Timur tanpa segan silu. Kecuali sebilangan negara tertentu, masyarakat antarabangsa sebahagian besarnya terus mengabaikan tindakan China (terhadap orang Uyghur). Abdulhakim Idris, Pengarah Eksekutif Centre for Uyghur Studies berkata, “Bagaimana kita menganggap normal rejim ini, sedangkan ia menghidupkan semula perhambaan, menghidupkan semula kem konsentrasi, dan mengubah badan wanita Uyghur menjadi medan perangnya?”
Dr. Vikram Mansharamani menjadi hos buat Abdulhakim Idris dan Pengarah Eksekutif Campaign for Uyghurs Rushan Abbas, di dalam programnya Think for Yourself minggu ini. Di dalam program tersebut, Idris membincangkan mengenai buku terbarunya, Menace: China’s Colonization of the Islamic World & Uyghur Genocide.
Menurut İdris, kumpulan itu membincangkan situasi ‘menang-menang’ sambil menerangkan dasar penjajahan zaman baharu rejim komunis China. Menurut Idris: “Hari ini, para penyebar propaganda China bercakap tentang situasi ‘menang-menang’. Realitinya ialah apa yang berlaku kepada kita [Uyghur] boleh jadi akan berlaku kepada orang lain. Kita boleh melihat sendiri bagaimana hal sebenar pemerintahan PKC dengan melihat kepada Turkistan Timur.” Menyatakan bahawa PKC telah menjalankan ujian nuklear sejak 1960-an dan masyarakat Uyghur telah mengalami kemusnahan besar akibat daripada ujian nuklear ini, İdris berkata, “Saya dilahirkan ketikamana China melakukan genosid nuklear. Selepas 53 tahun, pada abad ke-21, ada genosid yang masih berterusan. Tanpa mengetahui sama ada ibu saya masih hidup atau tidak, selama empat tahun… Saya tidak boleh buat tidak tahu. Inilah keadaan semasa ribuan orang Uyghur.”
Idris menyatakan bahawa orang Uyghur sedang mengalami akibat daripada dasar-dasar penjajahan China, dengan menyatakan bahawa sasaran kerajaan Beijing adalah; selepas Turkistan Timur; Asia Tengah dan negara-negara Islam. Tidak seperti penjajah dahulu, China mengetuk pintu negara-negara ini dengan wajah tersenyum, mewujudkan penindasan atas nama ‘pelaburan’. İdris berkata, “Orang Uyghur berdepan penjajahan China. Saya ingin berkongsi dengan dunia, terutamanya dunia Islam… Genosid Uyghur ini adalah masalah kemanusiaan. Ia adalah masalah seluruh umat manusia. Hari ini, malangnya seliaan media di negara Islam berada di tangan pemerintah. Para pentadbir negara juga tidak mendedahkan kandungan perjanjian mereka dengan China. Semua tawaran adalah sulit dan tiada penyiaran untuk mendedahkannya. Kebanyakan media, yang dikatakan bebas, pada hakikatnya bergantung dari segi kewangan kepada Beijing.” Menegaskan bahawa apa yang berlaku di Turkistan Timur bukan sahaja masalah Uyghur tetapi juga semua manusia, Idris berkata, “Saya tinggal di Jerman selama 18 tahun. Pada masa ini saya melawat kem tahanan yang dibina oleh Nazi. Nazi sedang merakam semua yang mereka lakukan. Hari ini, bagaimanapun, CCP berbeza. CCP memusnahkan semua rekod untuk menghalang wujudnya pertanggungjawaban di masa hadapan.”
Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara