• Washington DC
Ikut kami:

Tentang kami

Siapakah kami?

Pusat Kajian Uyghur (Center for Uyghur Studies-CUS) ialah sebuah organisasi nirlaba yang diasaskan di Virginia, Amerika Syarikat pada Disember 2020. Pusat Kajian Uyghur menggabungkan penyelidikan akademik dan advokasi hak asasi manusia serta memfokuskan pada kajian dan aktiviti berkaitan warga Uyghur. Ia menjalankan pelbagai kajian tentang sejarah, budaya dan kehidupan politik orang Uyghur, menggali warisan sejarah dan membangunkannya berdasarkan tradisi ilmiah. Pusat Kajian Uyghur juga berfungsi untuk mendidik orang ramai berkenaan situasi semasa orang Uyghur dan orang lain di Turkistan Timur melalui penyelidikan dan advokasi. Ia menjalankan penyelidikan dan menerbitkan kajian dan laporan untuk memberikan syor dan cadangan dasar yang strategik untuk kerajaan-kerajaan, organisasi antarabangsa dan entiti antara agama, di mana kesemuanya dilakukan melalui lensa perspektif Uyghur.

Misi kami

Untuk mengkaji sejarah, budaya, dan politik Uyghur, serta mempromosikan karya ilmiah dan tokoh bersejarah Uyghur kepada dunia; Untuk meningkatkan kesedaran tentang genosid Uyghur dan krisis politik, budaya, ekonomi, sosial dan alam sekitar lain yang berlaku di Turkistan Timur melalui penyelidikan dan kajian yang komprehensif; Untuk melibatkan diri dalam aktiviti akademik dan menyediakan laporan penyelidikan dan cadangan dasar mengenai Turkistan Timur kepada kerajaan-kerajaan, organisasi antarabangsa, entiti antara agama, dan entiti lain yang berkaitan; Untuk mencari cara dan strategi baharu untuk melestarikan Turkistan Timur dan memperbaiki situasi orang Uyghur.

Matlamat Kami

Pusat Kajian Uyghur bertujuan untuk memajukan kewujudan kebangsaan orang Uyghur melalui aktiviti akademik serta advokasi dan meningkatkan kesedaran tentang genosid dan jenayah China di Turkistan Timur dalam kalangan umat Islam serta masyarakat global. Di samping menggalakkan perpaduan dan pendidikan di kalangan orang Uyghur dan mengukuhkan tujuan Turkistan Timur, Pusat Kajian Uyghur juga bertujuan untuk mengkaji cara bagaimana Parti Komunis China (PKC) mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas orang Uyghur dan muslim Turk lain yang tinggal di Turkistan Timur. Tambahan pula, pusat ini memberi penerangan tentang aktiviti PKC di Asia Tengah dan negara-negara majoriti Islam yang lain, dan menerangkan tentang akibat daripada dasar PKC kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar di wilayah tersebut.

Hubungi Kami

1725 I St NW

Suite 372

Washington, D.C. 20006

Contact@uyghurstudy.org

Pimpinan

Abdulhakim İdris
Pengarah

Abdulhakim Idris, Pengarah Centre for Uyghur Studies, sebuah badan pemikir yang berpangkalan di Washington D.C. Beliau adalah pengarang buku “Menace: China’s Colonization of the Islamic World & Uyghur Genocide (Dalam Bahasa Inggeris)” dan “Kizil Kiyamet” (Dalam Bahasa Turki.)

Idris dilahirkan di sebuah bandar di selatan Hotan, Turkistan Timur pada tahun 1968. Beliau mendapat pendidikan dalam pengajian Islam dan bahasa Arab di sekolah-sekolah Islam (Madrasah) di Hotan sebelum meninggalkan kampung halamannya pada tahun 1986 untuk memperdalami ilmu Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Selepas belajar di Kaherah, beliau menetap di Munich, Jerman, pada tahun 1990 sebagai salah seorang Uyghur terawal yang mendapatkan suaka di Eropah. Beliau melanjutkan pengajiannya dalam Pengurusan Perindustrian di Deutsche Angestellten-Akademie (DAA) di Munich.

Tn. Idris ialah salah seorang ahli pengasas East Turkistan Union di Eropah, pertama kali ditubuhkan pada 1991 di Jerman sebagai pertubuhan Uyghur pertama di Eropah. Tn. Idris juga mengasaskan Kongres Belia Uyghur Sedunia (WUYC) pada tahun 1996 dan East Turkistan National Congress pada tahun 1999. Beliau adalah Bendahari dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif untuk Kongres Belia Uyghur Sedunia. Pada tahun 2004, Tn. Idris dan beberapa pejuang advokasi Uyghur lain di diaspora mengasaskan World Uyghur Congress (WUC). Sejak itu beliau dipilih sebagai Bendahari, Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Pengarah Pusat Pelarian, dan Ketua Pemeriksa WUC. Selain itu, beliau berkhidmat sebagai salah seorang Lembaga Pengarah untuk Persatuan Amerika Uyghur di Washington DC selepas beliau berpindah ke Amerika Syarikat dari Jerman pada tahun 2009. Pada tahun 2017, Tn. Idris dan isterinya Rushan Abbas mengasaskan organisasi nirlaba Campaign for Uyghur.

Idris telah menjadi suara yang terkedepan bagi orang Uyghur. Beliau meneruskan perjuangannya untuk menghentikan Genosid Uyghur dengan menerbitkan artikel dan mengambil bahagian dalam pelbagai persidangan baik di Amerika mahupun di luar negara. Beliau telah dipanggil sebagai saksi pakar dalam Tribunal Uyghur yang diadakan di London, UK pada September 2021, yang menyimpulkan bahawa China telah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan telah melakukan genosid terhadap Uyghur, Kazakh, dan komuniti Muslim Turk yang lain. Beliau memberi tumpuan terutamanya untuk memupuk dan menambahkan sokongan daripada dunia Islam untuk melindungi rakyat Turkistan Timur dan untuk meningkatkan kesedaran tentang usaha propaganda PKC.

Idris kini tinggal di Virginia. Beliau bercakap Inggeris, Jerman, Arab, Turki dan Uyghur.

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara

This website uses cookies. By continuing to use this site, you accept our use of cookies.