Uyghur: Umat Islam yang dihalang daripada Keberkatan Ramadhan
- Home
- Liputan Akhbar
- Uyghur: Umat Islam yang dihalang daripada Keberkatan Ramadhan
Siaran Akhbar CUS (Pusat Kajian Uyghur)
Untuk Siaran Segera
11 Mac 2024
Contact@uyghurstudy.org
Uyghurstudy.org
Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, Pusat Kajian Uyghur (CUS) mengucapkan tahniah kepada umat Islam di seluruh dunia dan mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang mulia. Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengingatkan semua orang untuk mengingati saudara-saudara Uyghur mereka di Turkistan Timur yang tidak dapat berpuasa dan menunaikan rukun Islam yang penting ini.
Sepertimana yang difahami daripada sebuah laporan yang diterbitkan baru-baru ini oleh Human Rights Watch, tidak ada sebarang tanda berundur oleh perang China terhadap Islam di Turkistan Timur. Malah, menurut laporan HRW yang diterbitkan pada Januari 2024, peraturan dan polisi kerajaan komunis China yang diubahsuai di kawasan ini bahkan mengetatkan lagi amalan keagamaan orang Uyghur dan mereka mengenakan kawalan yang lebih besar ke atas tempat-tempat ibadat. Dalam hal ini, adalah penting untuk diperhatikan bahawa pihak berkuasa China telah memusnahkan banyak masjid di Turkistan Timur sejak 2017, dengan menutupnya terus, atau mengubahsuainya, atau merobohkannya.
Lebih-lebih lagi, Parti Komunis China meneruskan proses “pencinaan” Islam yang didalanginya, dasar yang secara langsung mencabuli kebebasan beragama. “Revisi itu, berkuat kuasa 1 Februari 2024, memfokuskan kepada “pencinaan” agama, hal yang menjadi keutamaan kerajaan di bawah Presiden Xi Jinping sejak 2016 untuk menjadikan tempat ibadat dan ajaran agama lebih mencerminkan budaya Cina Han dan ideologi Parti Komunis China.”, jelas laporan HRW tersebut. Pegawai tertinggi China juga mengesahkan dan menjalankan dasar penganiayaan agama di Turkistan Timur. Pada 7 Mac 2024, sejurus sebelum bermulanya Ramadan, pegawai tertinggi PKC di Turkistan Timur Ma Xingrui mengulangi bahawa “Semua orang tahu bahawa Islam di Xinjiang perlu dicinakan, ini adalah trend yang tidak dapat dielakkan.” Kenyataan Ma Xingrui menjelaskan komitmen berterusan PKC untuk mengasimilasikan Islam secara paksa di Turkistan Timur, menzahirkan penganiayaan agama yang berterusan terhadap Uyghur dan Muslim Turk yang lain.
Di tengah sekatan ke atas amalan agama dan peperangan terhadap kepercayaan mereka, sekali lagi, umat Islam Uyghur menyambut Ramadan. Pengarah Eksekutif Abdulhakim Idris berkata, “Sejak kerajaan komunis China mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap Islam di Turkistan Timur pada 2017, umat Islam Uyghur tidak boleh berpuasa pada bulan Ramadan. Mencabul amalan suci umat Islam adalah sebahagian daripada matlamat jangka panjang PKC untuk menghapuskan budaya Islam di Turkistan Timur. Walau bagaimanapun, kita masih tidak melihat satu pun kerajaan Islam yang mengecam penganiayaan agama dan genosid oleh PKC terhadap Uyghur. Jikapun terdapat kecaman kuat umat Muslim terhadap pencabulan nilai-nilai Islam oleh PKC dan penindasan terhadap umat Islam, PKC malah akan terus menginjak-injak Islam dan umat Islam di Turkistan Timur. Pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, saya menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam, kerajaan-kerajaan Islam, dan tokoh-tokoh terkemuka di Dunia Islam untuk membela hak-hak Muslim Uyghur dan menjadi suara buat mereka.”
Kami memuji Allah kerana membenarkan kami menyaksikan Ramadan yang baru, sebuah waktu untuk pembangunan rohani dan menyambung semula keimanan kami. Kami berdoa agar bantuan diberikan untuk mereka yang menderita di seluruh dunia.
Navigasi kiriman
Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara