• Washington DC
Ikut kami:

Temubual: Genosid Uyghur adalah Ancaman kepada Dunia

“Parti Komunis China (PKC) telah mencipta semula perhambaan pada zaman moden ini. Bingtuan, atau Kor Produksi dan Pembinaan Xinjiang, yang bekerja di bawah PKC, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menguruskan lebih 860,000 syarikat di 147 negara di seluruh dunia, dan apabila menjalankan sesebuah perniagaan, mereka mungkin meletakkan 20 buah syarikat subkontrak di bawahnya. Ia amat kompleks, jadi syarikat-syarikat ini tidak dapat membuktikan yang mereka tidak terlibat dengan aktiviti pengerahan buruh paksa selama mana mereka melakukan perniagaan dengan China.”

Abdulhakim Idris, Pengarah Eksekutif Center for Uyghur Studies dan Ketua Pemeriksa Kongres Uyghur Sedunia (World Uyghur Congress), mengadakan temubual mengenai jenayah genosid yang dilakukan oleh China di Turkistan Timur di laman web eng.the-liberty.com[1].

Kritikan terhadap penindasan hak asasi manusia Uyghur semakin meningkat terutama di negara-negara Barat. Saya menemubual salah seorang pengasas Kongres Uyghur Sedunia.

―Anda telah mendakwa bahawa negara-negara Islam sedang dijajah dalam skala terbesar kini, berbanding (penjajahan) zaman dinasti Yuan China. Bolehkah anda huraikan hal ini?

Pada abad ke-13, negara-negara Islam telah dijajah dengan kejam oleh Mongol yang berada di bawah dinasti Yuan. Mereka (orang Islam) tidak pernah menyangka bahawa bahaya akan datang dari Timur, maka mereka tidak bersedia dan akhirnya dimusnahkan.

Akibatnya, kawasan yang bertamadun tinggi dimusnahkan, dan negara-negara Islam dibiarkan tanpa otak (yakni inteleknya). Bandar-bandar seperti Baghdad telah musnah sepenuhnya, dan pengetahuan mereka dalam bidang perubatan, astronomi, geografi, falsafah, dan segala-galanya dibakar. Sejak itu hingga hari ini, negara-negara Islam masih ketinggalan di belakang.

Hari ini, mereka (negara-negara Islam) berada dalam keadaan yang sama seperti zaman penjajahan dinasti Yuan. Kerana perang Iraq dan banyak lagi, semua negara Islam mengandaikan yang bahaya datang dari barat. Sementara itu, Parti Komunis China (PKC) datang dengan senyuman dan wang untuk menjadikan negara-negara Islam bergantung kepada China. Ia adalah “genosid yang tidak dapat dilihat.”

Sebaik sahaja mereka mengambil alih, PKC akan menyingkirkan agama Islam dan berusaha mendominasi dunia. Mereka bukan menyerang Uyghur sahaja, tetapi agama Islam itu sendiri. Akhirnya, mereka tidak akan menyerang hanya agama Islam, tetapi semua agama yang ada. Dunia mesti segera menyedari bahawa penjajahan China mempunyai aspek yang memusnahkan tamadun.

20 buah syarikat ‘mainan’ – menjadi perantara antara Syarikat Seperti UNIQLO dan Bingtuan – dan China Mengeksport Sistem Perhambaan ke Mesir

―Syarikat Jepun seperti UNIQLO dikritik kerana mengambil bahagian dalam buruh paksa orang Uyghur.

Parti Komunis China (PKC) telah mencipta semula perhambaan pada zaman moden ini. Bingtuan, atau Kor Produksi dan Pembinaan Xinjiang, yang bekerja di bawah PKC, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menguruskan lebih 860,000 syarikat di 147 negara di seluruh dunia, dan apabila menjalankan sesebuah perniagaan, mereka mungkin meletakkan 20 buah syarikat subkontrak di bawahnya. Ia amat kompleks, jadi syarikat-syarikat ini tidak dapat membuktikan yang mereka tidak terlibat dengan aktiviti pengerahan buruh paksa selama mana mereka melakukan perniagaan dengan China.

Keluarga pengasas BMW, syarikat kereta Jerman, mengambil bahagian dalam buruh paksa Nazi. Mereka telah menyatakan sedikit kekesalan, tetapi kini, mereka mengambil kesempatan daripada buruh paksa Uyghur. Ini tidak masuk akal.

Juga, China mewujudkan ‘zon ekonomi khas’ di Mesir. Banyak syarikat China melabur dalam infrastruktur seperti elektrik. Mereka berhasrat menggunakan sistem perhambaan di sana.

China boleh pergi ke ketenteraan Mesir dan memberi mereka kontrak yang mengatakan, “Bawa orang dari penjara anda untuk bekerja di sini secara percuma.” Jika penjara menjadi kosong, mereka boleh memasukkan lebih ramai rakyat Mesir yang tidak berdosa ke dalam penjara di bawah samaran ‘menentang keganasan’ dan mempergunakan mereka sebagai hamba. China cuba mengeksport sistem perhambaan seperti yang telah dilakukan kepada orang Uyghur ke Mesir.

China cuba menyebarkan sistem perhambaan ini ke seluruh dunia. Memerangi PKC bukan hanya masalah Uyghur. Ia masalah kemanusiaan. Saya berpendapat bahawa China, untuk mengambil alih dunia, akan terlebih dahulu menyasarkan dan mengambil alih negara yang bergantung secara ekonomi kepada mereka (seperti Pakistan dan Iran).

Jepun Telah Melabur dalam Genosid

―Tetapi, kerajaan Jepun tetap berdiam diri mengenai barbarisme China.

Jepun mempunyai tanggungjawab moral untuk (melawan) genosid ini. China menjadi kaya dan kuat kerana Jepun melabur banyak wang dan teknologi ke China. Jepun melabur dalam genosid Uyghur dan menjadikan sistem yang dahsyat ini berkuasa.

Rakyat Jepun harus mengetahui apa yang berlaku di Turkistan Timur dan bangkit menentang China. Saya mahu Jepun menyokong Taiwan, Hong Kong, Uyghur, Tibet dan Mongolia. Saya tidak mahu melihat masa depan Jepun menjadi seperti orang Uyghur.


[1] http://eng.the-liberty.com/2021/8398/

Navigasi kiriman

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara

This website uses cookies. By continuing to use this site, you accept our use of cookies.