• Washington DC
Ikut kami:

Pembunuhan Ghulja: Penindasan Berdasarkan Agama oleh China di Turkistan Timur pada 1990-an

Siaran Akhbar CUS
Untuk Siaran Segera
04 Feb 2023
Contact@uyghurstudy.org
Uyghurstudy.org

(diterjemahkan ke dalam bahasa melayu dan disiarkan 5.2.2024, sempena mengingati 27 tahun Pembunuhan Ghulja)

5 Februari ini menandakan ulang tahun ke-26 Pembunuhan Ghulja. Pembunuhan Ghulja berlaku pada 5 Februari 1997, di bandar Ghulja di Turkistan Timur; di mana rejim komunis China membunuh, menghilangkan diri secara paksa, dan memenjarakan ratusan pemuda Uyghur yang menyertai demonstrasi aman untuk menuntut hak dan kebebasan mereka di Ghulja.

Pada 1990-an, di tengah-tengah pengangguran yang meluas, penyalahgunaan alkohol dan dadah, orang Uyghur di Ghulja menghidupkan semula budaya Meshrep; majlis pertemuan sosial tradisional budaya Uyghur. Meshrep menampilkan ucapan-ucapan dan persembahan kebudayaan yang memberikan bimbingan rohani kepada belia Uyghur dan mendidik mereka tentang nilai agama dan budaya asli Uyghur. Meshrep cepat terbukti berkesan dan dapat menangani isu sosial di kalangan belia Ghulja. Bagaimanapun, ini dilihat sebagai ancaman oleh rejim China, di mana ia lebih rela menutup mata terhadap pengedar dadah di Ghulja daripada penyelesaian yang diambil oleh orang Uyghur. Oleh itu, pihak berkuasa China mengharamkan Meshrep dan menangkap pemimpin-pemimpin muda yang dilihat menganjurkan Meshrep.

Sebagai tindakbalas, pada 5 Februari 1997, lebih daripada 500 orang Uyghur di Ghulja mengadakan demonstrasi secara aman untuk menuntut kebebasan, hak asasi manusia, dan pembebasan pemuda yang ditahan. Berbanding daripada mendengar tuntutan sah para demonstran, pasukan polis China bertindak kejam terhadap peserta demonstrasi ini, membunuh dan menangkap ratusan demonstran yang melakukannya secara aman. Penderaan tidak berhenti di situ, tetapi pada bulan-bulan berikutnya, bandar Ghulja terus menyaksikan penangkapan sewenang-wenangnya, kehilangan paksa dan kemusnahan yang memecahbelahkan banyak keluarga Uyghur.

Pengarah Eksekutif Abdulhakim Idris telah merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai Ghulja sebagai,

“Salah satu hari yang paling memedihkan dalam sejarah Uyghur baru-baru ini. Ia adalah kemuncak penganiayaan dan serangan PKC terhadap kebebasan beragama dan hak asasi manusia orang Uyghur pada akhir abad lalu. Rejim China dengan kejam membunuh ratusan pemuda Uyghur dan memusnahkan banyak keluarga Uyghur di Ghulja. Kini, pihak berkuasa komunis China terus menimpakan kesakitan yang amat sangat ke atas jutaan umat Islam Uyghur. Rejim China telah secara berkesan menjenayahkan amalan Islam di Turkistan Timur, tidak memberikan sebarang ruang untuk orang Uyghur mengamalkan kepercayaan mereka. Umat Islam mesti melihat realiti ini dan menentang genosid dan peperangan China terhadap Islam di Turkistan Timur. Khususnya, orang Islam tidak boleh membenarkan orang ramai membasuh jenayah China terhadap Muslim Uyghur dengan samaran ‘Islam’, seperti mereka yang dipanggil sebagai ‘ulama Islam’ yang dibawa untuk pertunjukan khas ‘Turkistan Timur’, oleh pihak berkuasa China bulan lepas.”

Hari ini, di sambil kita menghormati dan berdoa untuk semua orang yang telah mengorbankan nyawa mereka berjuang melawan kezaliman dan penindasan, kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan untuk menghentikan genosid China di Turkistan Timur. Selain itu, kami menyeru Dunia Islam, dan khususnya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengecam genosid dan penindasan berdasarkan agama oleh PKC terhadap umat Islam Uyghur. Sebagai entiti Islam antarabangsa terbesar, OIC mempunyai tanggungjawab besar untuk mengutuk perang China terhadap Islam dan genosid di Turkistan Timur.”

Navigasi kiriman

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara

This website uses cookies. By continuing to use this site, you accept our use of cookies.