• Washington DC
Ikut kami:

Inisiatif Pencinaan Islam

Masjid yang dimusnahkan di Kashgar.

Republik Rakyat China (RRC) yang falsafah pengagasannya sepenuhnya anti-agama, memberitahu dunia kononnya mereka memberi semua orang kebebasan untuk mempunyai kepercayaan agama seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan mereka, untuk mendapatkan sokongan masyarakat umum mereka sendiri dan untuk mengurangkan reaksi negatif daripada masyarakat antarabangsa. Walaupun pemerintahan Beijing mengeluarkan sebuah mesej berinti “semua orang boleh mempercayai apa sahaja yang mereka mahu”, mereka secara serentak mengurangkan penzahiran agama dalam kehidupan seharian. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, di sini Parti Komunis China juga berusaha untuk membentuk semula pelbagai pegangan agama, agar ia selari dengan penyebaran retorik “anda boleh percaya tetapi tidak menyembah”.

Rejim Cina komunis berhasrat untuk menukar semua agama utama sambil mencipta legasi pemerintahannya sendiri. Presiden Xi memberi klu pertama mengenai perkara ini pada tahun 2015, dengan membawa “Pencinaan Islam” ke dalam agenda negara. Selepas tempoh persiapan yang panjang, pada awal tahun 2019, pihak berkuasa China menyasarkan untuk memusnahkan Islam dalam tempoh 5 tahun. Dalam berita yang disiarkan pada 4 Januari oleh Global Times yang berada di bawah seliaan Beijing, disiarkan mengenai satu mesyuarat telah diadakan dengan penyertaan wakil masyarakat Islam. Menurut berita itu, antara inti mesyuarat itu ialah bagaimana untuk mengharmonikan Islam dengan norma China. Seorang pegawai membuat kenyataan bahawa “Adalah penting bagi masyarakat Islam untuk memperbaiki pendirian politik mereka dan mengikuti kepimpinan parti (komunis)”. Lebih-lebih lagi, pertemuan ini diadakan beberapa hari selepas tiga buah masjid diserbu dan lebih 40 orang telah ditangkap di wilayah Yunnan, kawasan majoriti Islam. Menurut David Stroup daripada Universiti Oklahoma, yang menilai pertemuan itu dalam saluran DW Jerman, matlamat Beijing adalah untuk mengawal agama di semua kawasannya. Kawalan ini meliputi kawasan yang luas sehinggakan ia menentukan kandungan khutbah mingguan yang dibacakan imam. Menurut sebuah poin yang ditekankan oleh ahli akademik Hauyin Ma, di sini (pencinaan Islam) tujuannya adalah untuk memutuskan hubungan umat Islam yang tinggal di sana dengan negara Islam lain dan untuk mengasingkan mereka (agar tersendiri). Presiden Xi juga menyebut isu ini pada sebuah mesyuarat di mana isu Turkistan Timur dibincangkan dan dia berkata “Kita mesti meneruskan Pencinaan Islam untuk mengekalkan pembangunan agama yang sihat”.

Sebagai sebahagian daripada program perubahan paksa ini, pemerintahan Beijing menuntut imam yang bekerja di masjid untuk menerima pendidikan politik yang berterusan. Menurut maklumat yang diberikan oleh seorang imam dari wilayah Qinghai kepada saluran penyiaran Bitter Winter, latihan (politik) ini meliputi sejarah Cina dan dasar Cina dan berlangsung kira-kira 10 hari. Pada akhir latihan, semua orang mendapat sijil mereka selepas menulis artikel. Kata-kata Imam berikut mendedahkan bagaimana doktrin komunis disuntik ke dalam Islam: “Saya mempunyai banyak sijil. Pemerintahan menjalankan aktiviti cuci otak melalui ajaran yang disampaikan para profesor. Mereka mahu kita memberitahu masyarakat ketika memberi pengajian di masjid akan apa yang diajar mereka.” Selain itu, para imam dikawal rapat oleh pegawai negeri dan jika mereka tidak menyampaikan doktrin mereka dalam khutbah, mereka akan dihukum. Seorang imam yang bekerja di Sanmenxia, Henan, menyampaikan bahawa mereka harus mengiklankan ideologi Parti Komunis China dan memberitahu jemaah mereka bahawa mereka harus mematuhi jawatankuasa parti, dengan berkata “Setiap hari kita perlu mengatakan Parti Komunis itu indah.”

Walaupun jelas bahawa Al-Quran telah mengekalkan bentuk asalnya sehingga hari ini, salah satu sasaran rejim Komunis China, yang ingin menghapuskan sepenuhnya jejak Islam di buminya sendiri, yakni (menghapuskan) Kitab Suci Umat Islam. Pentadbiran Xi, yang ingin mencemarkan agama Islam, berusaha untuk menulis semula Al-Quran. Keputusan baharu telah diambil pada November 2019, pada persidangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Etnik dan Agama Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, yang menyelia isu etnik dan agama di China, mengenai Pencinaan Agama seperti Islam dan Kristian. Menurut berita dalam pelbagai organisasi media, sememangnya telah diputuskan untuk “menulis semula kitab suci seperti Al-Quran dan Alkitab (Bible) dengan cara yang “akan mengikut ciri-ciri China.” Jawatankuasa itu menyatakan bahawa Alkitab tidak sepatutnya mengandungi apa-apa yang bertentangan dengan ideologi Parti Komunis selepas menulisnya semula. Farid Hafez daripada Institut Bridge Universiti Georgetown, salah satu universiti terkemuka di Amerika, membuat penilaian berikut mengenai subjek ini: “Dalam konteks politik totalitarian, kita berhadapan dengan pemerintahan kuku besi di China yang berusaha menguatkuasakan perintahnya sendiri.” Tiada penjelasan telah dibuat untuk menafikan dakwaan ini.

Navigasi kiriman

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara

This website uses cookies. By continuing to use this site, you accept our use of cookies.