• Washington DC
Ikut kami:

Dunia sekali lagi menyaksikan kesilapan yang dibuat pada Sukan Olimpik Berlin 1936

Hitler memberi salutasi kepada bendera Olimpik dalam Sukan Olimpik 1936. Kredit: United States Holocaust Memorial Museum, ihsan Gerhard Vogel.

86 tahun yang lalu, Sukan Olimpik dianjurkan oleh Jerman di bawah pemerintahan Nazi dilangsungkan. Hal ini akhirnya berfungsi untuk menghalalkan Reich Ketiga.

Oleh: Abdulhakim Idris.

Pertandingan 1936 yang dibenarkan untuk dianjurkan di Berlin kekal sebagai tanda hitam dalam sejarah Jawatankuasa Olimpik. Hari ini, Jawatankuasa Olimpik mengulangi kesilapan yang sama di hadapan masyarakat dunia. Jawatankuasa itu telah menutup mata terhadap genosid China di Turkistan Timur dengan membenarkan Beijing untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk. Negara-negara seperti United Kingdom, Kanada, Australia, dan terutamanya Amerika Syarikat telah memutuskan untuk mengenakan boikot diplomatik ke atas acara yang akan bermula pada minggu pertama Februari ini. Tiadanya negara Islam yang menyokong boikot ini adalah sebuah hakikat yang memalukan.

Asal-usul sukan Olimpik bermula pada zaman Yunani purba. Akan tetapi, format terkininya diadakan buat kali pertama pada tahun 1896. Sukan Olimpik Musim Sejuk bermula pada 1924. Kedua-dua acara penting ini diadakan setiap empat tahun di negara yang berbeza. Tujuan utama penganjuran Sukan Olimpik adalah untuk menyumbang kepada pembinaan dunia yang lebih baik dan aman, dengan mendidik golongan beliau mengenai semangat persefahaman dan persahabatan. Apabila kita melihat sejarah Sukan Olimpik, titik pecahnya ideal ini ditemui dalam Sukan Olimpik Berlin yang diadakan pada tahun 1936. Sukan Olimpik ini, yang berlangsung sejurus sebelum Perang Dunia Kedua, memberikan legitimasi kepada kerajaan Nazi yang memerintah Jerman. Dasar dan polisi yang dilakukan Nazi sebelum Sukan Olimpik ini adalah mirip dengan dasar yang dilakukan oleh China hari ini. Rejim komunis China melaksanakan polisi-polisi yang sama semasa Sukan Olimpik pada 2008; malangnya, dunia tidak mengendahkan pencabulan hak asasi manusia (yang dilakukan China) ini.

Maklumat yang dikongsikan oleh pertubuhan Berlin Beijing menunjukkan bahawa Jawatankuasa Olimpik melakukan kesilapan yang sama seperti yang dilakukan pada tahun 1936. Pada tahun 1933, Berlin diberikan peluang untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik yang akan diadakan lima tahun kemudian. Dua tahun selepas itu, Hitler menghantar semua lawan politiknya ke kem tahanan atas alasan “menjaga keselamatan negara”. Sebelum permulaan Sukan Olimpik, Nazi mengumpul kira-kira 800 orang Romani (gipsi) dari jalanan di Jerman dan menyumbat mereka ke dalam penjara. Nazi telah pun memulakan proses memusnahkan tulisan-tulisan dan penerbitan milik orang yahudi. Masyarakat antarabangsa menuntut Jawatankuasa Olimpik Sedunia agar penganjuran temasya (Olimpik) ini dipindahkan ke negara lain. Pegawai jawatankuasa tempoh itu membuat pemeriksaan sepintas lalu dan masih bertegas dengan keputusan mereka untuk mengadakan Sukan Olimpik di Berlin. Apa yang lebih teruk daripada itu ialah atitud sebaran akhbar pada zaman itu. Satu artikel telah diterbitkan dalam New York Times yang mencadangkan bahawa Nazi kononnya “menjadi lebih manusia” di bawah pengaruh ‘semangat’ Olimpik. Akibat tidak langsung daripada pengabaian tanggungjawab jawatankuasa Olimpik yang memalukan ini, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh beramai-ramai dalam Holocaust. Selepas peristiwa yang menyakitkan ini, dunia berjanji kepada kita bahawa genosid adalah perkara yang telah berlalu, melalui penggunaan slogan “Never Again (tidak akan lagi)”.

Walau bagaimanapun, pada masa kini, jelas yang orang Eropah dan waerganegara lain telah melupakan janji mereka ini. Ketika Sukan Olimpik 2008 berlangsung di China -72 tahun selepas Sukan Olimpik 1936-, rejim Komunis melihat Muslim Uyghur sebagai “ancaman kepada keselamatan negara” dan menyumbat mereka ke dalam penjara. Malangnya, masyarakat antarabangsa tidak bersuara menentang perbuatan tidak berperikemanusiaan ini. Kini, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah diluluskan untuk diadakan di China. Jawatankuasa Olimpik Dunia sekali lagi membatu dan membisu. Walaupun dengan beberapa boikot diplomatik yang dimulakan oleh beberapa buah negara, jawatankuasa itu tidak mengambil sebarang langkah untuk menukar tempat penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Setakat ini, hanya Amerika, Great Britain, Kanada, Australia, dan Jepun telah memutuskan untuk mengadakan boikot diplomatik kerana genosid yang dilakukan oleh China terhadap orang Uyghur. Delegasi rasmi dari negara-negara ini tidak akan mengambil bahagian dalam upacara pembukaan (sukan Olimpik ini). Bagaimanapun, atlet negara-negara tersebut tetap akan mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingannya. Tidak menghantar delegasi rasmi adalah satu keputusan yang tepay, tetapi ia tidak mencukupi. Seharusnya, atlet juga tidak boleh menyertai Sukan Olimpik, dengan tujuan menekan China supaya China bertanggungjawab atas jenayah kemanusiaannya, terutamanya genosid Uyghur. Persoalan yang mesti diajukan kepada atlet yang menyertai Sukan Olimpik ini dan syarikat yang menaja mereka ialah: “Adakah permainan ini lebih penting daripada kemanusiaan kita?” Ya, tentunya tiada siapa yang boleh menjawab soalan ini dengan yakin. Walau bagaimanapun, secara praktikalnya, jelas bahawa ini adalah jawapan yang telah dipilih oleh syarikat-syarikat penaja. Ahli sejarah yang akan menulis pada masa hadapan akan menyamakan syarikat-syarikat ini dengan syarikat-syarikat Jerman yang telah menyokong Nazi. Seperti Hugo Boss yang tidak dapat menghilangkan rasa malu atas sokongannya terhadap Nazi yang melakukan Holocaust, syarikat-syarikat seperti Volkswagen dan Airbnb tidak akan dapat menanggung kesalahannya kerana menutup mata terhadap penghapusan etnik Uyghur.

Fakta yang berjuta-juta orang Yahudi menjadi mangsa genosid di Eropah 80 tahun lalu telah dilupakan oleh ahli-ahli politik Eropah. Penghormatan terhadap hak asasi manusia yang merupakan salah satu nilai asas Kesatuan Eropah telah diabaikan apabila si pelaku kejahatannya ialah China. Dalam lipatan sejarah, terdapat syarikat-syarikat Jerman yang menyokong Nazi. Hari ini, ada syarikat-syarikat gergasi yang bekerjasama dengan rejim Beijing. Malangnya, Eropah yang diketuai oleh Jerman, pendekatan mantan Canselor Jerman Helmut Schmidt yang dinamakan “transformasi melalui ekonomi” telah diaplikasikan terhadap China. Ini bermakna Eropah secara tidak langsung bersubahat dalam jenayah genosid (Uyghur ini).

Perkara yang harus ditekankan di sini ialah bagaimana sikap berdiam diri Dunia Islam ketika melihat pemboikotan diplomatik negara-negara Barat (terhadap China). Mereka yang menjadi sasaran genosid oleh rejim Komunis China adalah Muslim Uyghur. Malangnya, dunia Islam telah meninggalkan saudara mereka dalam keadaan yang sengsara. Fakta yang Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) – yang merupakan badan antarabangsa terkemuka dunia Islam – tidak mengambil apa-apa langkah (untuk genosid Uyghur ini) sayangnya tidak disedari oleh para aktivis hak asasi manusia. Fakta bahawa OIC tidak menjaga negara-negara anggotanya menunjukkan betapa berhutangbudinyanya negara-negara ini dari segi ekonomi dan diplomatik kepada China. Hari ini, tiada sebarang boikot terhadap China; sebaliknya, pemerintahan Beijing dipuji pada setiap peluang yang ada. Secara berkala, saluran akhbar di majoriti negara Islam menyiarkan cerita tentang kejayaan China dalam mentadbir negaranya. Di negara-negara itu juga ada beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan hak asasi manusia yang menyokong Muslim Uyghur. Tetapi mereka tidak dapat menyuarakan pandangan mereka dengan efektif. Walaupun elit pemerintah ingin mengekalkan hubungan baik mereka dengan China, Turkistan Timur tetap menjadi luka yang berdarah di hati setiap orang Islam.

Tidak boleh dilupakan bahawa sebuah Tribunal Uyghur yang diadakan di UK pada Disember 2021 telah menyimpulkan yang rejim komunis China melakukan genosid terhadap Uyghur. Dalam teks penghakiman yang diisytiharkan oleh pengerusi tribunal ini Sir Geoffrey Nice, sepertimana yang dinyatakan dalam dokumen, pemerintahan Beijing telah melaksanakan dasar pemandulan wajib dengan tujuan untuk memusnahkan generasi Uyghur. Nice menekankan bahawa China melaksanakan dasar-dasar yang disengajakan, sistematik, dan kejam untuk mengurangkan populasi Uyghur dan komuniti minoriti lain dalam jangka panjang. Semasa sesi penghakiman, keterangan saksi, laporan pakar, dan bentuk bukti jelas yang lain menunjukkan bahawa sebuah genosid baharu sedang berlaku di hadapan mata dunia hari ini. Walaupun syarikat-syarikat Barat menutup mata terhadap China, negara-negara Islam gagal bersuara, atau negara-negara Barat menepuk belakang Beijing (untuk memujinya), mereka tidak akan dapat menghapuskan fakta ini. Hari ini, mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam genosid China dan akan dinilai bertanggungjawab dalam pandangan mata sejarah.

Sumber: Islam21.com

https://www.islam21c.com/opinion/the-world-is-witnessing-the-mistake-made-at-the-1936-berlin-olympics-once-again/

Navigasi kiriman

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara

This website uses cookies. By continuing to use this site, you accept our use of cookies.