• Washington DC
Ikut kami:

LAPORAN: ISLAMOFOBIA DI CHINA DAN SIKAP NEGARA-NEGARA ISLAM

Untuk Edaran Segera

21 November 2023

Contact@uyghurstudy.org

Uyghurstudy.org

Hari ini, Pusat Kajian Uyghur (CUS) menerbitkan sebuah laporan bertajuk “Islamofobia di China dan Sikap Negara-negara Islam” (judul asal dalam inggeris: Islamophobia in China and Attitudes of Muslim Countries), yang menyelongkar Islamofobia tajaan negara China dengan tumpuan khusus pada dasar-dasar Islamofobia China di Turkistan Timur. Laporan ini juga mengkaji kempen penyebaran maklumat palsu China di dalam Dunia Islam dan sikap negara majoriti Islam mengenai peperangan China terhadap Islam.

Laporan ini menganalisis dasar Islamofobia Parti Komunis China yang sistemik dan sudah berlalu dalam lipatan sejarah yang berusaha untuk men’cina’kan Islam dan umat Islam di bawah pemerintahannya sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949. Laporan ini juga mendokumenkan pelbagai aspek peperangan China terhadap Islam di Turkistan Timur sepanjang tujuh dekad yang lalu, dan yang mutakhir ini semenjak 2017. Tambahan pula, laporan ini juga meneliti kempen penyebaran maklumat palsu China di Dunia Islam dan pelbagai amalan propaganda yang digunakan oleh rejim China untuk menghalang umat Islam daripada menyuarakan keprihatinan mereka terhadap dengan penganiayaan agama oleh rejim China terhadap umat Islam . Laporan ini diakhiri dengan bab mengenai kegagalan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan isu Uyghur dan sikap negara majoriti Islam terhadap Genosid Uyghur.

“Hari ini, rejim China melancarkan perang terhadap Islam di Turkistan Timur dan melakukan genosid terhadap umat Islam Uyghur. Bagaimanapun, Dunia Islam masih belum mengenali sifat sebenar rejim China berikutan kempen disinformasi (penyebaran maklumat palsu) besar-besaran yang dilakukan oleh rejim China di kalangan negara Islam.” kata Abdulhakim Idris, Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Uyghur.

“Dengan penerbitan laporan ini, kami berharap ia dapat menjelaskan dasar Islamofobia China dan mendidik umat Islam untuk melihat wajah sebenar rejim China. Kami juga telah meneliti percubaan propaganda China di Dunia Islam dan mendedahkannya dengan fakta. Kami berharap lebih ramai orang Islam akan dididik mengenai penganiayaan agama China terhadap orang Islam Uyghur dan menentang rejim paling Islamofobia di dunia hari ini.”, kata Abdulhakim Idris.

Laporan tersedia untuk dibaca dan dimuat turun di bawah:

Navigasi kiriman

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara

This website uses cookies. By continuing to use this site, you accept our use of cookies.