• Washington DC
Ikut kami:

Tentang Kami

Siapa Kami

Pusat Kajian Uyghur (CUS), yang ditubuhkan di Virginia, Amerika Syarikat, pada Disember 2020, ialah sebuah organisasi nirlaba yang berdedikasi untuk meneraju penyelidikan akademik dan advokasi hak asasi manusia. CUS menjalankan kajian-kajian komprehensif mengenai sejarah, budaya, dan kehidupan politik orang Uyghur, Kazakh, dan orang Turk yang lain, dalam masa yang sama mendokumentasikan genosid, pencabulan hak kebebasan beragama dan hak asasi manusia di Turkistan Timur. Melalui penyelidikan yang teliti, pusat ini mengekalkan warisan orang Uyghur yang kaya dan meningkatkan kesedaran global tentang cabaran sistemik yang mereka hadapi. Melalui kerjasama dengan ahli-ahli akademik, CUS mempromosikan kajian-kajian Uyghur dan menyediakan cadangan dasar-dasar strategik kepada kerajaan-kerajaan, organisasi-organisasi antarabangsa dan entiti-entiti antar-agama melalui penyelidikan berasaskan bukti dan fakta, dan usaha advokasi yang berimpak.

Misi Kami

Misi kami adalah untuk mendokumentasikan dan mengenalpasti cabaran budaya, politik dan hak asasi manusia yang mempengaruhi orang Uyghur. CUS berusaha untuk mendidik warga global dan memupuk tindakan berasaskan pengetahuan dengan menjalankan penyelidikan-penyelidikan yang mendalam dan menghasilkan penerbitan ilmiah dan yang berfokuskan polisi. Pusat ini komited untuk memperkuatkan dan memperkasakan suara-suara untuk hak Uyghur, untuk memelihara identiti Uyghur di tengah-tengah kesengsaraan yang berterusan, dan memperjuangkan kebebasan beragama sebagai hak asasi manusia. Kami berusaha untuk memajukan pemahaman tentang kesan-kesan sosio-politik, ekonomi dan alam sekitar akibat dasar-dasar Parti Komunis China di Turkistan Timur dan untuk mengadvokasi solusi-solusi yang menegakkan keadilan, kebebasan dan maruah insan.

Hubungi Kami

1725 I St NW

Suite 372

Washington, D.C. 20006

Contact@uyghurstudy.org

Pimpinan

Abdulhakim İdris
Pengarah

Abdulhakim Idris, Pengarah Centre for Uyghur Studies, sebuah badan pemikir yang berpangkalan di Washington D.C. Beliau adalah pengarang buku “Menace: China’s Colonization of the Islamic World & Uyghur Genocide (Dalam Bahasa Inggeris)” dan “Kizil Kiyamet” (Dalam Bahasa Turki.)

Idris dilahirkan di sebuah bandar di selatan Hotan, Turkistan Timur pada tahun 1968. Beliau mendapat pendidikan dalam pengajian Islam dan bahasa Arab di sekolah-sekolah Islam (Madrasah) di Hotan sebelum meninggalkan kampung halamannya pada tahun 1986 untuk memperdalami ilmu Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Selepas belajar di Kaherah, beliau menetap di Munich, Jerman, pada tahun 1990 sebagai salah seorang Uyghur terawal yang mendapatkan suaka di Eropah. Beliau melanjutkan pengajiannya dalam Pengurusan Perindustrian di Deutsche Angestellten-Akademie (DAA) di Munich.

Tn. Idris ialah salah seorang ahli pengasas East Turkistan Union di Eropah, pertama kali ditubuhkan pada 1991 di Jerman sebagai pertubuhan Uyghur pertama di Eropah. Tn. Idris juga mengasaskan Kongres Belia Uyghur Sedunia (WUYC) pada tahun 1996 dan East Turkistan National Congress pada tahun 1999. Beliau adalah Bendahari dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif untuk Kongres Belia Uyghur Sedunia. Pada tahun 2004, Tn. Idris dan beberapa pejuang advokasi Uyghur lain di diaspora mengasaskan World Uyghur Congress (WUC). Sejak itu beliau dipilih sebagai Bendahari, Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Pengarah Pusat Pelarian, dan Ketua Pemeriksa WUC. Selain itu, beliau berkhidmat sebagai salah seorang Lembaga Pengarah untuk Persatuan Amerika Uyghur di Washington DC selepas beliau berpindah ke Amerika Syarikat dari Jerman pada tahun 2009. Pada tahun 2017, Tn. Idris dan isterinya Rushan Abbas mengasaskan organisasi nirlaba Campaign for Uyghur.

Idris telah menjadi suara yang terkedepan bagi orang Uyghur. Beliau meneruskan perjuangannya untuk menghentikan Genosid Uyghur dengan menerbitkan artikel dan mengambil bahagian dalam pelbagai persidangan baik di Amerika mahupun di luar negara. Beliau telah dipanggil sebagai saksi pakar dalam Tribunal Uyghur yang diadakan di London, UK pada September 2021, yang menyimpulkan bahawa China telah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan telah melakukan genosid terhadap Uyghur, Kazakh, dan komuniti Muslim Turk yang lain. Beliau memberi tumpuan terutamanya untuk memupuk dan menambahkan sokongan daripada dunia Islam untuk melindungi rakyat Turkistan Timur dan untuk meningkatkan kesedaran tentang usaha propaganda PKC.

Idris kini tinggal di Virginia. Beliau bercakap Inggeris, Jerman, Arab, Turki dan Uyghur.

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara

This website uses cookies. By continuing to use this site, you accept our use of cookies.