Siaran Akhbar CUS
Untuk Siaran Segera
15 Mac 2025
Contact@Uyghurstudy.org
Uyghurstudy.org
Puasa pada bulan Ramadan bukan sekadar ibadah; ia merupakan ungkapan keimanan, ketabahan, dan perpaduan yang mendalam – sebuah tindakan menentang penindasan, sebuah deklarasi keimanan yang kuat dalam menghadapi kezaliman. Bagi umat Islam di seluruh dunia, ia adalah masa pembaharuan rohani dan perpaduan masyarakat. Namun bagi umat Islam Uyghur di Turkistan Timur (AKA Xinjiang), tradisi suci ini telah dijenayahkan oleh Parti Komunis China (PKC), mengubah salah satu ibadah yang paling mulia menjadi ancaman kepada kewujudan mereka. Tindakan keras PKC terhadap kebebasan beragama Uyghur, yang direka khusus untuk menghapuskan kepercayaan dan budaya mereka, ia bukan sekadar tragedi serantau – ia adalah sebuah amaran global dan peringatan yang jelas tentang kemunculan segera Islamofobia yang berbahaya. Bersempena Hari Antarabangsa Memerangi Islamophobia (15 Mac), kita mesti bergerak melampaui semata-mata renungan dan bergerak mengambil tindakan terhadap pencabulan kebebasan beragama yang dahsyat oleh PKC.
Warga Muslim Uyghur – terutamanya para penjawat awam, pelajar, dan para guru – dipaksa untuk membatalkan puasa, melanggar kepercayaan agama mereka yang dipegang secara mendalam di bawah pengawasan rejim yang zalim. Bahkan dengan semata-mata disyaki berpuasa boleh membawa kepada soalsiasat, gangguan dan penangkapan oleh pihak berkuasa. Apa yang dahulunya merupakan amalan keimanan yang suci kini telah menjadi tindakan penentangan senyap – tindakan penentangan terhadap rejim yang bertekad untuk menghapuskan kepercayaan, identiti dan budaya mereka.
Serangan kejam terhadap kebebasan beragama ini adalah sebahagian daripada kempen yang lebih meluas dan sistematik oleh PKC untuk menghapuskan budaya dan kepercayaan Uyghur – bermula daripada membakar al-Quran, memusnahkan masjid-masjid, asimilasi paksa dan pemenjaraan beramai-ramai, hingga kepada buruh paksa, pemandulan paksa, dan pemisahan keluarga yang mengerikan. Dalam menghadapi penindasan tanpa henti ini, umat Islam Uyghur dibentangkan dengan pilihan yang tidak dapat dibayangkan: mengkhianati kepercayaan mereka atau tahan menanggung penganiayaan, pemenjaraan, dan kezaliman yang lebih teruk lagi. Perjuangan global untuk kebebasan beragama tidak dapat dipisahkan daripada penderitaan mereka. Ini bukan semata-mata isu Uyghur, ia adalah isu hak asasi manusia yang menuntut perhatian dan tindakan antarabangsa yang segera dan tidak berbelah bahagi.
Pada 15 Mac, Hari Antarabangsa Memerangi Islamophobia, kita diingatkan tentang gelombang Islamofobia yang bertambah kelam dan semakin meningkat, ketakutan yang tidak rasional, kebencian, dan prasangka terhadap umat Muslim Uyghur.
Kemusnahan yang dibawa oleh Islamophobia melibatkan kemusnahan fizikal dan budaya. Umat Islam tertakluk kepada gangguan dan diskriminasi yang lebih dahsyat di sekolah, tempat kerja, dan ruang awam. Sama ada orang Islam Uyghur yang mengalami penganiayaan agama di Turkistan Timur atau orang Islam dalam komuniti kita sendiri yang menghadapi kebencian dan prejudis, kita mesti menyahut cabaran ini.
“15 Mac ini, bersempena kita memperingati Hari Antarabangsa kepada Islamofobia, kita mesti menterjemahkan pengiktirafan kita terhadap ketidakadilan ini kepada tindakan berani dan bermakna. Namun, kebanyakan negara Islam tetap buta terhadap perang China terhadap Islam di Turkistan Timur. Meskipun demikian, kami menuntut agar para pemimpin dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia, khususnya negara-negara Islam, mengambil tindakan tegas untuk mempertanggungjawabkan PKC atas jenayahnya terhadap umat Islam Uyghur dan semua masyarakat yang teraniaya. Marilah kita bangkit berdiri bersama – bukan dalam diam, tetapi dengan tindakan. Jangan jadi hipokrit apabila menangani tragedi ini – akuilah apa yang kerajaan China lakukan terhadap umat Islam Uyghur. Perjuangan Uyghur untuk kebebasan beragama dan pertempuran global menentang Islamofobia bukanlah perjuangan yang jauh tak tercapai; ia adalah perjuangan kita sebagai manusia. Pada 15 Mac ini, marilah kita menzahirkan bahawa kita tidak akan kekal pasif dalam menghadapi genosid ini. Kita mesti memperjuangkan maruah, hak asasi manusia, dan kebebasan semua orang Islam di mana sahaja mereka berada. Masa untuk bertindak sekarang.”, kata Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Uyghur Abdulhakim Idris.
Perjuangan menentang Islamofobia dan penindasan yang dihadapi oleh Muslim Uyghur bukanlah perjuangan untuk sebuah komuniti sahaja – ia adalah perjuangan untuk keadilan, hak asasi manusia, dan kebebasan beragama untuk semua orang yang beragama. Masyarakat antarabangsa mesti bersatu untuk menghadapi ancaman global yang semakin meningkat ini. Para kerajaan, institusi agama, masyarakat sivil, dan individu sama-sama mesti berdiri mempertahankan kebebasan beragama – bukan hanya untuk orang Islam, tetapi untuk semua orang yang beragama.
Navigasi kiriman
Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara