• Washington DC
Ikut kami:

MAJLIS PELUNCURAN LAPORAN “ISLAMOFOBIA DI CHINA DAN SIKAP NEGARA-NEGARA ISLAM” DI KUALA LUMPUR

Pada 23.12.2023 lalu, berlangsungnya Majlis PELUNCURAN LAPORAN ISLAMOFOBIA DI CHINA DAN SIKAP NEGARA-NEGARA ISLAM beserta MAKAN MALAM BERSAMA DIASPHORA UYGHUR bertempat di TAMU HOTEL, KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission Malaysia (GPMM), dan Pusat Kajian Uyghur (CUS). Majlis ini dihadiri oleh aktivis dan penggerak NGO di Malaysia, dan diharapkan dapat memberikan kesedaran berkenaan isu yang begitu mencabar ini: Islamofobia di China dan impaknya kepada umat Islam Uyghur.

Pihak CUS mengucapkan terima kasih kepada Tn. Ahmad Fahmi Samsudin, Presiden ABIM, Tn. Khairul Anwar, dan kesemua yang terlibat di dalam menjayakan program ini.

***
Pusat Kajian Uyghur (CUS) menerbitkan sebuah laporan bertajuk “Islamofobia di China dan Sikap Negara-negara Islam” (judul asal dalam inggeris: Islamophobia in China and Attitudes of Muslim Countries), yang menyelongkar Islamofobia tajaan negara China dengan tumpuan khusus pada dasar-dasar Islamofobia China di Turkistan Timur.

Laporan ini juga mengkaji kempen penyebaran maklumat palsu China di dalam Dunia Islam dan sikap negara majoriti Islam mengenai peperangan China terhadap Islam.

Laporan boleh diakses pada pautan ini:

https://my.uyghurstudy.org/laporan-islamofobia-di-china…/

NOTA: Kepada yang berminat untuk mendapatkan naskah fizikal bagi laporan ini, boleh didapati di Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dalam masa terdekat.

Alamat: https://maps.app.goo.gl/d7aD2ueXzqbYtVeq7

Navigasi kiriman

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara

This website uses cookies. By continuing to use this site, you accept our use of cookies.