• Washington DC
Ikut kami:

Abdul Qadir Tash – – Siri 100 Tokoh Turkistan Timur

Siri 100 Tokoh Turkistan Timur di Zaman Moden – #03 – Abdul Qadir Tash.

Abdul Qadir Tash dilahirkan di Taif, Arab Saudi, pada tahun 1951 dalam keluarga migran Uyghur. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Arab daripada Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud di Riyadh pada tahun 1975. Beliau memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang Kewartawanan dan Komunikasi Massa daripada Universiti Oklahoma Amerika Syarikat pada tahun 1980 dan PhD dalam bidang Kewartawanan dan Komunikasi Massa Antarabangsa daripada Universiti Illinois Selatan, Amerika Syarikat pada tahun 1983. Di sana, beliau menerbitkan majalah Islam yang dipanggil “Al-Amal” (lit. Harapan) yang menyasarkan para pelajar Arab di sana. Beliau juga menubuhkan pusat Islam di Illinois dan menyumbang kepada pemelukan Islam beberapa orang warganegara Amerika. Beliau berusaha untuk mengalihkan media Islam daripada perspektif tradisional kepada sebuah fasa baharu yang menggabungkan dakwah dengan pemikiran akademik.

Dari 1983 hingga 1990, beliau mengajar di Fakulti Kewartawanan di Universiti Imam Muhammad ibn Saud di Riyadh dan terlibat dalam penubuhan Kuliah Kewartawanan Universiti tersebut. Beliau menziarahi Turkistan Timur buat kali pertama pada tahun 1983.

Sejak 1990, beliau telah menjadi timbalan ketua pengarang dan ketua pengarang majalah “Al-Da’wah.” Dari 1990 hingga 1994, beliau berkhidmat sebagai ketua redaksi pengarang surat khabar ‘Al-Muslimun‘, satu-satunya surat akhbar antarabangsa mingguan yang mewakili dan mengangkat isu Dunia Islam. Pada tahun 1998, beliau terlibat dalam penubuhan saluran televisyen Islam ‘Iqraa‘, berkhidmat sebagai pengarahnya selama dua tahun.

Selepas tahun 2000, beliau menyelia surat khabar Islam akhbar ‘Al-Madinah‘ dan menyediakan bahagian draf awal majalah agama ‘Al-Risalah‘, berkhidmat sebagai editornya. Dari 2001 hingga 2002, beliau menjadi pengarah Biro Media dan Perhubungan Awam dan Biro Organisasi Persidangan bagi Rabitah Al-Alam Al-Islami/Liga Dunia Muslim. Pada masa itu juga, beliau juga merupakan ketua pengarang ‘Al-Alam Al-Islami‘ dan akhbar harian ‘Al-Bilad‘.

Dari 2002 hingga 2003, beliau menjadi penolong pengarah akademik Kolej Vokasional Perdagangan. Selepas 2003, beliau berkhidmat sebagai pengerusi dan pengarah jawatankuasa eksekutif Pejabat Penerangan, Penyelidikan dan Perundingan, di samping jawatannya sebagai ketua redaksi pengarang majalah ‘Jeddah‘ yang dimiliki kerajaan. Beliau telah menyelia beberapa tesis sarjana dan kedoktoran dalam kewartawanan dan media di universiti-universiti seluruh Saudi.

Beliau telah mengarang banyak buku dalam pelbagai bidang, termasuk:

“Stereotaip Islam dan Arab dalam media Barat,” الصورة النمطية للإسلام و للعرب في مرآة الإعلام الغربي
“Kajian Media,” دراسات إعلامية
“Media dan Pembaratan Budaya” الإعلام والتغريب الثقافي
“Media dan Isu Realiti Dunia Islam” الإعلام وقضايا الواقع الإسلامي
“Teori-teori Media di Saluran TV Satelit,” نظريات إعلامية في القنوات الفضائية
“Amerika dan Islam: Hidup bersama atau Konflik?”, أميركا والإسلام تعايش أم تصادم
“Kita mampu menjadi Islamiyyin” قدرنا أن نكون إسلاميين
“Budaya dan Media dan segala perkara yang di antaranya” الثقافة والإعلام وما بينهما
“Satu Visi di Jalan Dakwah,” رؤيا على طريق الدعوة
“Kebangkitan Islam,” الصحوة الإسلامية
“Renungan untuk Tinjauan dan Visi untuk Masa Depan,” وقفات للمراجعة ورؤى للمستقبل
“Turkistan Timur dan Rakyatnya yang Terlupakan,” تركستان الشرقية وأهلها المنسيون
“Umat Islam di Kesatuan Soviet,” المسلمون في الاتحاد السوفياتي
“Umat Islam di Asia Tengah dan Peranan Islam yang Diperlukan.” المسلمون في آسيا الوسطى والدور الإسلامي المطلوب

Beliau telah menerbitkan banyak artikel dalam majalah tempatan dan antarabangsa dan telah diterbitkan secara berkala di akhbar tempatan dan antarabangsa. Beliau telah menyertai ratusan persidangan dan seminar Islam yang diadakan di lebih 20 negara, menyatakan pendapatnya yang berharga.

Beliau adalah ahli Pertubuhan Hak Asasi Manusia Arab Saudiالمنظمة العربية السعودية لحقوق الإنسان , Majlis Al-Ta’lim di Mekah, Persatuan Akhbar Arab جمعية الصحافة العربية di Dubai, dan Majlis Antarabangsa bagi Pendidikan Islam المجلس الدولي للتعليم الإسلامي di bawah Liga Dunia Muslim. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Antikuiti Saudi مجلس الآثار الثقافية السعودي, Jawatankuasa Akhbar Islam Sedunia الصحافة الإسلامية العالمية, dan pertubuhan dan persatuan lain.

Hasrat terakhirnya ialah untuk menubuhkan sebuah akhbar antarabangsa bernama Al-Mustaqbal. Beliau menubuhkan ibu pejabatnya di Kaherah, ibu kota Mesir, dan menerbitkan dua buah terbitan kira-kira sebulan sebelum kematiannya. Namun, kerja ini terhenti kerana pemergiannya ke rahmatullah.

Dr Abdul Qadir Tash meninggal dunia secara mengejut pada 4 April 2004.

Oleh : Abdul Jalil Turan.

***
Diterjemahkan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Malaysia oleh Unit Kajian, Pusat Kajian Uyghur, Malaysia.

Berikut beberapa judul karya oleh beliau dan juga berkenaan beliau, sebahagiannya disenaraikan di atas:

Navigasi kiriman

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara