
Siri 100 Tokoh Turkistan Timur di Zaman Moden – #01 – Abdul Aziz Makhdum.
Abdul Aziz Makhdum dilahirkan pada tahun 1894 di daerah Artush, Kashgar. Bapanya, Abdul Qadir Damolla bin Abdul Warith Al-Kashgari, adalah pelopor gerakan pembaharuan Uyghur, seorang tokoh terkemuka, dan seorang ilmuan yang cemerlang.
Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di Kashgar. Di sini, beliau belajar bahasa Arab dan Parsi daripada bapanya dan guru-guru lain. Kemudian ayahnya menghantarnya ke India untuk menamatkan pengajian tinggi di luar negara.
Pada tahun 1920-an, Abdul Aziz memulakan pengajian universitinya di India. Tempoh pengajiannya bertepatan dengan perjuangan hebat rakyat India menentang imperialisme British. Abdul Aziz giat mengambil bahagian dalam perjuangan ini yang menjadikan kebebasan sebagai matlamat utama, sehingga beliau menjadi barisan hadapan perjuangan rakyat India yang tertindas menentang penindasan.
Pada Ogos 1924, selepas mengetahui tentang pembunuhan bapanya di Kashgar, beliau kembali dari India ke Turkistan Timur untuk mencari siapakah yang telah membunuh bapanya dan membawanya ke muka pengadilan. Malangnya, disebabkan pelbagai halangan oleh rejim autoritarian di sana, kesnya tidak dapat berjalan dengan lancar.
Selepas pulang dari luar negara, Abdul Aziz Makhdom menghabiskan lebih daripada 43 tahun hidupnya selama 58 tahun di penjara yang dikendalikan oleh Yang Zeng Xin (1914-1924), Jin Shuren (1924-1933), Sheng Shicai (1933-1944), Kuomintang (1944-1949), dan Komunis China (selepas 1949), hinggalah beliau akhirnya dibebaskan pada musim luruh 1980. Pada Ogos 1982, lelaki berani ini yang telah menumpukan seluruh hidupnya untuk membebaskan tanah airnya, Turkistan Timur, telah mati syahid di Urumchi dalam kemalangan kereta api yang dirancang.
Ditulis oleh: Abdul Baqi.
Diterjemahkan oleh Unit Kajian, Pusat Kajian Uyghur, Malaysia.
Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara