• Washington DC
Ikut kami:

LAPORAN TERKINI: ISLAMOFOBIA SEDANG MEREBAK DI CHINA

Siaran Akhbar

Untuk Siaran Segera

22 November 2023

Contact@uyghurstudy.org

Uyghurstudy.org

Dalam laporan terbarunya yang diterbitkan minggu ini, Human Rights Watch (HRW) mendokumenkan bukti dan fakta yang jelas bahawa pihak berkuasa China sedang menutup, memusnahkan dan mengubahsuai masjid di wilayah majoriti Muslim seperti Ningxia dan Gansu. Menurut laporan itu, 1,300 masjid di Ningxia telah ditutup atau diubahsuai sejak 2020, yang merupakan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan masjid di wilayah itu. BBC melaporkan hal ini telah dilakukan sebagai sebahagian daripada pembantaian China yang sistematik dan menyeluruh di peringkat nasional terhadap Islam.

Pusat Kajian Uyghur (CUS) telah membongkar Islamofobia di China dalam laporannya yang diterbitkan pada April 2023, “Islamofobia di China dan Sikap Negara-negara Islam” (terjemahan melayu pada bulan ini). Laporan HRW sekali lagi menarik perhatian kepada isu ini. Seperti yang dinyatakan dalam laporan itu, diskriminasi dan kebencian terhadap Islam dan umat Islam di China telah mencapai tahap yang membimbangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini juga bermakna perang terhadap Islam yang bermula di Turkistan Timur pada 2017, kini telah merebak secara meluas ke seluruh China.

Walaupun fakta bahawa Islamofobia di China telah menjadi dasar rasmi negara, pembantaian besar-besaran PRC terhadap Muslim Uyghur sejak 2014 telah disokong oleh negara majoriti Muslim. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rejim China telah menghantar berjuta-juta orang Islam ke kem tahanan dan memusnahkan beribu-ribu masjid di Turkistan Timur dengan alasan “pendidikan semula” dan “nyah-ekstremifikasi”. Apa yang menyedihkan, sikap berdiam diri dan atitud Dunia Islam telah membuat China memberanikan diri malah mendorong rejim China untuk melakukan kekejaman dan pencabulan seteruk itu terhadap umat Islam Uyghur.

Pengarah Eksekutif Abdulhakim Idris, berkata, “Laporan baharu oleh Human Rights Watch ini mengesahkan amaran kami berkenaan Islamofobia di China sejak bertahun lamanya. Kami telah mengatakan ‘China bukan ‘kawan’ kepada Islam dan orang Islam. Walaupun ia menipu umat Islam di seluruh dunia dan berpura-pura menjadi sekutu bagi umat Islam, China secara dalaman cuba memusnahkan Islam dan umat Islam.’ Lebih-lebih lagi, perang China terhadap Islam yang kini melarat ke wilayah China yang lain menyangkal dakwaan ekstremisme dan keganasan China terhadap orang Islam Uyghur. Ia mendedahkan niat China yang sentiasa ingin menghapuskan Islam. Seperti yang telah kita katakan, China tidak pernah mahu ‘mendidik semula’ atau ‘menyediakan pekerjaan’ kepada Uyghur, matlamat sebenarnya adalah untuk menghancurkan identiti Islam mereka. Malangnya, dunia telah mengabaikan perkara ini. Dunia Islam memilih untuk berdiam diri dan menyokong China, bukannya menentang dasar islamofobianya. Dasar sedemikian kini telah berkembang lebih jauh.”

CUS mengecam sekeras-kerasnya pencabulan PRC terhadap kebebasan beragama orang Islam dan pemusnahan masjid dan fasiliti keagamaan di Turkistan Timur dan seluruh China. Tambahan pula, CUS menyeru OIC dan kerajaan negara majoriti Islam untuk mula bersuara, mengutuk dan bangkit membantah dasar Islamofobia China.

Navigasi kiriman

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara

This website uses cookies. By continuing to use this site, you accept our use of cookies.