Pengarah Eksekutif Berucap di Sidang Meja Bulat Senat A.S. mengenai Perang Parti Komunis China terhadap Akidah Kepercayaan – Pusat Kajian Uyghur
- Home
- Liputan Akhbar
- Pengarah Eksekutif Berucap di Sidang Meja Bulat Senat A.S. mengenai Perang Parti Komunis China terhadap Akidah Kepercayaan – Pusat Kajian Uyghur
Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Uyghur, Tn. Abdulhakim Idris menyampaikan ucapan ini semasa sidang meja bulat Kebebasan Beragama Antarabangsa (IRF) di Senat A.S. pada 29 September 2025.
***
Assalamualaikum,
Hai semua,
Nama saya Abdulhakim Idris daripada Pusat Kajian Uyghur.
Hari ini, saya ingin memberikan anda maklumat terkini berkenaan salah satu tragedi hak asasi manusia yang paling dahsyat pada zaman kita ini: sebuah perang yang semakin memuncak oleh Parti Komunis China terhadap akidah kepercayaan, sebuah perang terutamanya terhadap orang Uyghur.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Xi Jinping sendiri melawat wilayah Uyghur. Dia sekali lagi memuliakan genosid yang sedang berlaku dan mengarahkan para pegawai tempatan untuk meneruskan “pencinaan” agama Islam agar sesuai dan mematuhi ideologi Parti Komunis.
Parti Komunis China terus menjenayahkan segala aspek agama—memusnahkan masjid, menghapuskan pendidikan Islam, dan juga mengharamkan bahasa Uyghur di sekolah—supaya generasi baharu membesar dalam keadaan terputus hubungan dengan warisan tradisi, kepercayaan dan identiti mereka.
Pada masa yang sama, Parti Komunis China bekerja tanpa jemu untuk menutupi jenayah ini. Ia menaja “pelancongan genosid,” menjemput para delegasi-selalunya dari negara majoriti Muslim-untuk melawat rantau ini (Turkistan Timur/Xinjiang) dan mengulangi serta menjadi kakaktua kepada propaganda Beijing. Lawatan berperingkat ini direka untuk menipu dunia, mendiamkan kebenaran dan menyembunyikan genosid itu.
Malangnya, kebanyakan negara majoriti Islam, termasuk OIC dan banyak lagi di Global Selatan, mengabaikan nasib orang Uyghur dan berpihak kepada Komunis China.
Orang Uyghur terus menghadapi tahanan beramai-ramai, buruh paksa, dan pemusnahan budaya mereka. Parti Komunis China takut akan kebebasan beragama kerana ia takut kepada kebenaran itu sendiri.
Diaspora Uyghur di luar menghadapi penindasan transnasional yang kejam oleh Parti Komunis China. Baru-baru ini, China melantik Chen Xiaojiang, bekas timbalan pengarah Jabatan Kerja Barisan Bersatu China, sebagai pemimpin wilayah Uyghur. Dia sedang membina rangkaian global bagi ‘kem-kem tahanan yang menakutan’ untuk diaspora Uyghur di luar. Selaku masyarakat diaspora Uyghur, kami berdepan dengan ancaman ‘tangan panjang’ China, dan kami dibiarkan berjuang sendiri.
Kita mesti memastikan bahawa tragedi Uyghur ini tidak diabaikan. Kita tidak boleh lagi membiarkan tangisan dan jeritan jutaan manusia ini didiamkan. Kita mesti tinggikan lagi suara kita. Kita mesti menyeru kerajaan, organisasi, dan individu di seluruh tempat untuk mengambil tindakan yang bermakna: dengan menuntut ketelusan, mencabar propaganda, dan menyokong orang Uyghur yang masih berjuang untuk kebebasan dan maruah mereka.
Hari ini genap 3,079 hari sejak kali terakhir saya berhubung dengan ibu yang tercinta. Sehingga hari ini, saya tidak mempunyai maklumat tentang keluarga saya kecuali bapa saya, yang meninggal dunia pada awal 2023. Saya menerima berita kematiannya hanya selepas tujuh bulan kemudian.
Penderitaan ini amat sangat besar dan memerihkan, tetapi tindakan solidariti meskipun yang kecil tetap membawa harapan. Bersama-sama, kita boleh menjadikan situasi ini menjadi sedikit lebih mudah untuk orang Uyghur, dan bersama-sama, kita boleh membuktikan bahawa keadilan dan maruah manusia akan sentiasa mampu mengatasi penindasan.
Terima kasih.
***

Ulama terkemuka Syeikh Abdullah bin Bayyah berucap dalam sidang meja bulat ini.
***
Baca laporan yang kami terbitkan: Islamofobia di China.
Navigasi kiriman
Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara
