Muslim Uyghur mendepani Sebuah Lagi Ramadan Di Bawah Penindasan Agama Secara Sistematik
- Home
- Siaran akhbar
- Muslim Uyghur mendepani Sebuah Lagi Ramadan Di Bawah Penindasan Agama Secara Sistematik


Siaran Akhbar
Untuk Siaran Segera
18 Februari 2026
Contact@Uyghurstudy.org
Uyghurstudy.org
Pusat Kajian Uyghur (CUS) mengucapkan Salam Ramadan kepada umat Islam di seluruh dunia yang menyambut ketibaan bulan suci Ramadan ini. Walaupun bulan suci ini disambut di seluruh dunia dengan amalan puasa, solat, dan sedekah, jutaan umat Islam Uyghur di Turkistan Timur masih dinafikan daripada hak asasi mereka untuk mengamalkan agama mereka secara bebas.
Selama bertahun-tahun, Parti Komunis China (PKC) telah mengenakan sekatan menyeluruh terhadap kehidupan beragama bangsa Uyghur, terutamanya semasa Ramadan. Para penjawat awam, pelajar, dan guru dilarang berpuasa; restoran-restorannya ditekan untuk terus dibuka pada waktu siang. Pasca tindakan-keras besar-besaran yang bermula pada tahun 2017, sekatan yang asalnya bermusim ini berkembang menjadi larangan sepenuhnya terhadap kehidupan beragama yang bebas bagi Uyghur. Dengan pertambahan kem-kem konsentrasi, pemenjaraan besar-besaran, dan pengawasan digital yang menceroboh privasi, hinggakan ekspresi dan amalan kepercayaan yang bersifat peribadi seperti berpuasa, solat, atau mengajar agama kepada anak-anak, menjadi alasan kepada hukuman dari komunis China.
Lebih lapan tahun selepas PKC menjenayahkan amalan agama secara menyeluruh yang bermula pada tahun 2017, pencabulan terhadap kebebasan beragama atau kepercayaan ini telah menjadi normal bagi mereka. Yang sepatutnya menjadi bulan refleksi rohani sebaliknya telah menjadi tempoh yang dikenali dengan ketakutan dan kesunyian. Hakisan identiti agama dan budaya Uyghur berterusan di samping dasar asimilasi paksa yang lebih meluas, pemisahan keluarga, dan penindasan transnasional yang menyasarkan Uyghur di luar negara.
Pengarah Eksekutif Abdulhakim Idris menyatakan, “Bagi umat Islam di seluruh dunia, Ramadan adalah bulan rahmah, bulan keimanan, dan komuniti. Bagi umat Islam Uyghur, ia telah menjadi simbol penafian sistematik hak agama mereka yang paling asas. Komuniti antarabangsa tidak boleh membiarkan penindasan ini pudar dan tenggelam ke dalam latar belakang politik global. Kami menggesa para kerajaan, negara-negara majoriti Muslim, dan institusi antarabangsa untuk mengambil tindakan bermakna bagi melindungi hak rakyat Uyghur untuk mengamalkan kepercayaan mereka tanpa rasa takut.”
Navigasi kiriman
Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara