• Washington DC
Ikut kami:

‘Merpati Liar’ – sebuah fabel Uyghur

Fabel ‘Merpati Liar’ ini, yang pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Uyghur dengan judul ‘Yawa Kepter’, merupakan buah tangan Nurmuhemmet Yasin (Nurmuhammad Yasin), seorang sasterawan Uyghur muda yang berbakat besar pada masanya. Fabel ini diterbitkan dalam Majalah Sastera Kashgar isu No.5 tahun 2004. Ia merupakan sebuah cerpen realis-magis, yang menceritakan perjalanan seekor merpati biru liar yang menjadi buruan manusia. Ia mewakili maruah diri dan kebebasan yang didambakan oleh setiap Uyghur, yang dinafikan oleh rejim China.

Rejim merah mentafsirkan fabel ini sebagai seruan separatis dan ancaman kepada keselamatan, dan sebagai hukuman, beberapa bulan selepas penerbitan cerpen ini, pada 19 November 2004, beliau ditangkap oleh komunis China. Beliau dilaporkan terkorban syahid di tangan rejim merah komunis China antara 2009-2011 yang menghukumnya hanya kerana bersuara untuk kebebasan. Ini adalah eliticide yang diamalkan rejim merah untuk mematikan semangat Uyghur dengan membasmi para intelektual dan seniman Uyghur, sebagai bahagian daripada Genosid Uyghur yang masih berlangsung ke hari ini.

Kali ini buat pertama kalinya ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, setelah lebih 20 tahun penerbitannya dalam bahasa Uyghur. Ia diterjemahkan dan diterbitkan secara bersama oleh Pusat Kajian Uyghur, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPMM). Kisah ini menjadi metafora tentang perjuangan melawan penindasan dan pentingnya mempertahankan kebebasan walau dengan harga yang tinggi.

Semoga dengan penerbitan karya ini ke dalam bahasa Melayu, ia memberikan gambaran sebenar berkenaan perasaan masyarakat Uyghur yang hidup di bawah penindasan dan sekatan melampau, serta aspirasi mereka demi mengecapi nikmat sekelumit kebebasan. Semoga ia membuka mata rakyat dunia kepada hakikat sebenar genosid dan pemusnahan umat Islam Uyghur yang sedang berlaku di Turkistan Timur/Xinjiang.

Untuk membacanya dan muat turun, berikut di bawah:

Navigasi kiriman

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara