Memperingati Dua Republik Turkistan Timur: Mengenang Legasi Keimanan, Keberanian, dan Ketabahan
- Home
- Liputan Akhbar
- Memperingati Dua Republik Turkistan Timur: Mengenang Legasi Keimanan, Keberanian, dan Ketabahan
Siaran Akhbar CUS
Untuk Siaran Segera
12 November 2025
Contact@Uyghurstudy.org
Uyghurstudy.org
Hari ini, 12 November 2025, menandakan ulang tahun ke-92 Republik Islam Turkistan Timur (1933–1934) dan ulang tahun ke-81 Republik Turkistan Timur (1944–1949), dua detik penting dalam sejarah moden bangsa Uyghur dan rantau Asia Tengah secara umumnya.
Pengisytiharan Republik Pertama di Kashgar pada 12 November 1933, mewakili usaha kolektif oleh Uyghur dan pemimpin Muslim Turk lain untuk memelihara akidah kepercayaan, maruah, dan kehidupan komuniti mereka di dalam zaman ketidakpastian. Walaupun berusia singkat, ia merangkumi harapan untuk membina masyarakat yang dipandu oleh keadilan dan berakar umbi dalam maruah manusia.
Sedekad kemudian, Republik Turkistan Timur Kedua telah ditubuhkan di Ghulja pada 12 November 1944. Pengasasnya berusaha untuk memelihara kebebasan budaya dan agama dan dalam masa sama mempromosikan pendidikan, kesaksamaan, dan kewujudan bersama secara aman di kalangan semua bangsa di rantau ini. Kedua-dua republik itu akhirnya dihancurkan melalui penglibatan langsung Stalin, yang membawa kepada kehilangan kemerdekaan dan permulaan penjajahan semula oleh China. Namun, legasi keimanan, ketabahan, dan perpaduan mereka terus memberi inspirasi kepada bangsa Uyghur merentasi generasi.
Dalam kita memperingati ulang tahun ini, Pusat Kajian Uyghur juga ingin menggarisbawahi genosid dan penganiayaan agama yang berterusan di Turkistan Timur. Sejak 2017, berjuta-juta orang Uyghur dan Muslim Turk yang lain telah ditahan sewenang-wenangnya, menjadi buruh paksa, berdepan pemisahan keluarga, serta berdepan realiti pemusnahan sistematik masjid dan institusi-institusi Islamnya. Amalan agama seperti berpuasa, solat, dan memakai pakaian tradisional telah dijenayahkan oleh dasar-dasar penindasan Parti Komunis China.
“Ulang tahun Republik Turkistan Timur mengingatkan kita tentang sebuah masa di mana bangsa kita boleh hidup secara terbuka mengikut kepercayaan dan tradisi mereka,” kata Pengarah Eksekutif Abdulhakim Idris. “Hari ini, kepercayaan yang sama telah menjadi sasaran pembasmian. Hari ini, orang Uyghur berada di ambang kemusnahan, menghadapi ancaman eksistensial. Mengingati sejarah ini menguatkan tanggungjawab moral kita untuk bersuara bagi pihak mereka yang tidak mampu bersuara.”
Pada kesempatan yang genting ini, CUS menyeru masyarakat antarabangsa, para pembuat dasar, dan orang yang berhati nurani untuk mengingati pengorbanan generasi lalu dan bersolidariti dengan bangsa Uyghur yang menghadapi penganiayaan.
Navigasi kiriman
Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara
