Laporan: Menyingkap Kempen Propaganda China di Timur Tengah dan Afrika Utara
- Home
- Buku dan laporan
- Laporan: Menyingkap Kempen Propaganda China di Timur Tengah dan Afrika Utara

Siaran Akhbar CUS
Untuk Siaran Segera
26 Oktober 2025
Contact@uyghurstudy.org
Uyghurstudy.org
Pusat Kajian Uyghur (CUS) telah menerbitkan sebuah laporan baharu, “Menyingkap Kempen Propaganda China di Timur Tengah dan Afrika Utara”, yang mendokumentasikan bagaimana Parti Komunis China (PKC) menjalankan operasi propaganda dan penyebaran pengaruh yang diselaraskan di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Laporan ini mendedahkan bagaimana media rasmi kerajaan Beijing, rangkaian diplomatik, pengaruh ekonomi dan jangkauan budaya digunakan secara sistematik untuk membentuk semula persepsi serantau berkenaannya, membungkam kritikan terhadap jenayah hak asasi manusia, terutamanya terhadap Muslim Uyghur, dan mempromosikan naratif yang memihak kepada PKC.
Kajian ini mendapati bahawa strategi propaganda China di MENA tidak terhad kepada mempromosikan perdagangan atau muhibah diplomatik, tetapi merupakan sebahagian daripada usaha yang disengajakan untuk menutup kesalahannya mengenai penahanan besar-besaran, pengawasan, buruh paksa dan penindasan agama di tanah air Uyghur. Taktiknya ialah termasuk siaran media rasmi kerajaan dalam bahasa Arab, perjanjian perkongsian kandungan dengan saluran tempatan, pengambilan pempengaruh serantau di bawah kawalannya, manipulasi media sosial yang diselaraskan, dan eksport teknologi pengawasan China. Operasi pengaruh ini diperkukuh oleh saluran budaya dan pendidikan, seperti pengembangan pesat Institut Konfusius dan program-program biasiswa, dan dibingkaikan berdasarkan tema ‘anti-penjajahan’, ‘tidak campur tangan’, dan ‘solidariti’ palsunya dengan dunia Islam.
Laporan ini juga memperincikan kajian kes-kes yang menunjukkan bagaimana kedutaan China, media rasmi kerajaan, dan rangkaian dalam talian rahsianya bekerjasama untuk menyebarkan propaganda China, selalunya dengan kerjasama saluran propaganda Rusia dan Iran. Hal ini membunyikan sebuah amaran: usaha-usaha ini menyumbang kepada penyempitan ruang untuk kewartawanan bebas di MENA, sebuah “garisan merah” media baharu mengenai liputan China, dan sokongan awam yang semakin meningkat kepada naratif Beijing.
“Propaganda China di Timur Tengah dan Afrika Utara bersifat canggih, dibiayai dengan baik, dan semakin berkesan dalam membentuk persepsi, dalam masa yang sama memadamkan kebenaran tentang Genosid Uyghur. Seraya itu juga, China juga membudayakan rasuah secara besar-besaran di rantau MENA.” kata Pengarah Eksekutif Abdulhakim Idris, “Jika kekejaman terhadap Muslim Uyghur terus diabaikan di dunia Islam, ia bukan sahaja akan membuktikan kegagalan diplomasi tetapi juga sebuah pengkhianatan moral yang mendalam. Laporan ini merupakan seruan tindakan untuk para kerajaan, media dan masyarakat sivil bagi mempertahankan kebenaran dan keadilan.”
Laporan ini diakhiri dengan cadangan terperinci untuk mengatasi pengaruh PKC, termasuk memperkukuh kewartawanan penyiasatan/investigative journalism, memperluas program literasi media, meningkatkan ketelusan di platform media sosial dan menyokong media bebas dan masyarakat sivil di seluruh MENA. Ia menyeru kerajaan serantau untuk menegakkan nilai-nilai keadilan dan solidariti, dan warga antarabangsa untuk menyelaraskan usaha bagi mendedahkan dan menentang kempen propaganda Beijing.
Laporan ini diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu, dan diterbitkan dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia/ABIM dan Global Peace Mission Malaysia/GPM. Untuk membaca dan mengunduhnya lihat di bawah. Klik sini untuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
Navigasi kiriman
Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara
