• Washington DC
Ikut kami:

Aidil Adha 2025: Masa untuk Muhasabah dan Solidariti bersama Muslim Uyghur

Siaran Akhbar CUS
Untuk Siaran Segera
5 Jun 2025
Contact@uyghurstudy.org
Uyghurstudy.org

6 Jun 2025, menandakan ketibaan Eid al-Adha, sebuah tempoh masa suci buat pengorbanan, pengabdian, dan perpaduan bagi umat Islam di seluruh dunia. Pada kesempatan penting ini, Pusat Kajian Uyghur mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam yang menyambut perayaan yang penuh barakah ini. Ketika mana keluarga-keluarga di seluruh dunia berkumpul dalam kegembiraan dan doa, kita diingatkan bahawa bagi jutaan Muslim Uyghur di Turkistan Timur, Aidil Adha ini sekali lagi ditandai dengan kesedihan, perpisahan, dan penindasan.

Bertambah setahun lagi, umat Islam Uyghur tidak dibenarkan menunaikan haji. Sebagai sebahagian daripada pencabulan kebebasan beragama orang Uyghur, kerajaan China telah meneruskan dasar menghalang umat Islam Uyghur daripada menunaikan haji, walaupun ia membenarkan orang Cina Muslim, seperti Muslim Hui, untuk melaksanakan ibadah haji. Larangan yang bersifat diskriminatori ini adalah sebahagian daripada kempen meluas Parti Komunis China untuk menghapuskan Islam secara paksa daripada kehidupan umat Islam Uyghur dan memadamkan identiti agama mereka.

Orang Islam Uyghur tidak dibenarkan untuk bebas meraikan perayaan keagamaan, termasuk -tetapi tidak terhad- kepada perayaan Aidil Adha. Waktu yang sepatutnya menjadi momen hubungan rohani dan kegembiraan beramai-ramai sebaliknya dipenuhi dengan ketakutan, pengawasan, dan penindasan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebarang aktiviti keagamaan yang nampak kelihatan dalam media sebenarnya dikawal ketat dan dianjurkan hanya oleh pihak berkuasa China untuk memperdaya masyarakat antarabangsa. Ekspresi keimanan yang tulen seperti menghadiri solat masjid, melakukan ritual keagamaan, atau berkumpul dengan keluarga pada waktu suci secara sistematik dihadkan atau dijenayahkan, menyebabkan orang Uyghur tidak dapat mematuhi kepercayaan mereka dengan aman tenteram.

Bagi diaspora Uyghur pula, umat Islam Uyghur akan berkumpul untuk berhari raya dengan hati yang berat, mengetahui mereka tidak dapat menghubungi atau meraikan dengan orang tersayang di rumah. Ramai yang tidak dapat bercakap dengan ahli keluarga selama bertahun-tahun kerana risiko tindakan balas dendam daripada pihak berkuasa China. Pemutusan hubungan secara paksa ini menjadi sebuah peringatan dan memori yang menyakitkan tentang skala dan kekejaman penindasan yang berterusan di Turkistan Timur.

Pengarah Eksekutif Abdulhakim Idris berkata, “Aidiladha yang suci ini, yang melambangkan pengorbanan, belas kasihan, dan perpaduan, harus menjadi peringatan yang kuat kepada kerajaan negara-negara majoriti Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan NGO Islam tentang kewajipan moral dan agama mereka untuk berdiri bersama mereka yang tertindas.

Ketika berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia menikmati kebebasan untuk beribadat dan berkumpul dengan orang tersayang mereka, umat Islam Uyghur tetap dinafikan walaupun pemerian kepercayaan yang paling asas. Sudah tiba masanya bagi dunia Islam untuk bercakap dengan satu suara yang bersepadu dan berani, untuk menuntut penamatan Genosid Uyghur, untuk menyeru pemulihan kebebasan beragama di Turkistan Timur.”

Pusat Kajian Uyghur menyatakan semula komitmen kami untuk meningkatkan kesedaran tentang nasib warga Uyghur dan memperjuangkan hak asasi manusia, maruah dan kebebasan mereka. Di Hari Raya Aidil Adha ini, marilah kita memperbaharui tanggungjawab kolektif kita untuk berdiri bersama mereka yang tertindas, untuk menguatkan suara mereka yang didiamkan, dan untuk memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam perjuangan mereka untuk kebebasan dan maruah. Jangan kita biarkan penderitaan mereka didiamkan apatah lagi dilupakan.

Navigasi kiriman

Pusat Kajian Uyghur - Hak cipta terpelihara